Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE 10th RBAF COMMAND AND STAFF COURSE CONCLUDES

TANAH JAMBU, Thursday, 08 October 2020 – A total of 37 officers completed the 10th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff Course (CSC) at the Defence Academy, RBAF today.

Present as Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.

Also present were Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, Commander of the RBAF, Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), Permanent Secretary of Ministry of Defence, Vice Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD), Service Commanders, Deputy Permanent Secretary of Ministry of Defence, Ambassadors, High Commissioners, Representatives from Foreign Missions in Brunei Darussalam, Defence Advisers and Defence Attachés in Brunei Darussalam, Directors, Commandants, UBD lecturers, senior RBAF officers and family members of the graduates.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Al-'Alaq by Major Haji Nafisal @ Dedy bin Haji Salim from the Royal Brunei Land Force, one of the participants of the 10th CSC.

It was followed by welcoming remarks from Lieutenant Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Acting Commandant of the Defence Academy RBAF. The event continued with a speech by the Guest of Honour.

As with previous years, a number of special recognition awards were presented to the students of the CSC. This year, the Overall Excellence Award was given to Squadron Leader Stephan John Hunt from Royal New Zealand Air Force. The RBAF Commendation Award was given to Major Dk Nur Izzah Nazurah binti Pengiran Haji Mohammad from Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces.  The Universiti Brunei Darussalam's Academic Excellence Award, sponsored by Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong was given to Military Expert 5 Foo Changxiong from Singapore Armed Forces.

The 10th RBAF CSC participants comprised officers from the RBAF and RBPF as well as 15 international participants from Australia, Bangladesh, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Philippines, Saudi Arabia, Singapore, Thailand and the United States.

The RBAF CSC aims to broaden officers' perspectives and professional knowledge using tactical and academic approaches and disciplines to study the contemporary strategic environment and its implications of current environment on their practice as defence and security specialists.

 







 

KURSUS MAKTAB TURUS ABDB KE-10 TAMAT

 

TANAH JAMBU, Khamis, 08 Oktober 2020 – Seramai 37 pegawai telah menamatkan Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sesi ke-10 di Akademi Pertahanan, ABDB pada hari ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, Pemerintah ABDB, Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Duta-Duta Luar Negeri, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Perwakilan dari Kedutaan Luar Negeri di Negara Brunei Darussalam, Atase-Atase dan Penasihat-penasihat Pertahanan di Negara Brunei Darussalam, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan, Pensyarah-Pensyarah UBD, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB dan ahli keluarga peserta-peserta kursus.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-'Alaq oleh Mejar Haji Nafisal @ Dedy bin Haji Salim dari Tentera Darat Diraja Brunei, salah seorang peserta Kursus Maktab Turus Sesi ke-10.

Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Leftenan Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Pemangku Komandan Akademi Pertahanan ABDB. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, beberapa anugerah penghargaan diberikan kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus. Tahun ini, Anugerah 'Overall Excellence' diberikan kepada Squadron Leader Stephan John Hunt dari Tentera Udara Diraja New Zealand.  Anugerah 'RBAF Commendation' diberikan kepada Major Dk Nur Izzah Nazurah binti Pengiran Haji Mohammad dari Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Manakala, Anugerah 'Universiti Brunei Darussalam's Academic Excellence Award' yang ditaja oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong diberikan kepada Military Expert 5 Foo Changxiong dari Angkatan Bersenjata Singapura.

Kursus Maktab Turus sesi ke-10 ini disertai oleh pegawai-pegawai dari ABDB dan PPDB, berserta 15 peserta antarabangsa dari Arab Saudi, Australia, Bangladesh, China, Filipina, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Kursus Maktab Turus ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional secara taktikal dan akademik bagi mempelajari isu-isu strategik masa kini dan kesannya terhadap mereka yang bertugas di dalam bidang pertahanan dan keselamatan.