Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE LAUNCH OF THE SULTANATE OF OMAN PUBLICATIONS SHELF AT THE DEFENCE ACADEMY LIBRARY, ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

TANAH JAMBU, Thursday, 08 October 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, attended as the Guest of Honour of the event, and launched "The Sultanate of Oman Publications Shelf' at the Defence Academy Library, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today.

The shelf is named after Al-Muhallab bin Abi Sufra Al-Azdi, a prominent military General of Omani descent.

 The ceremony began with a welcoming speech delivered by the Acting Commandant of the DA RBAF, Lt Col Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, followed by special remarks by His Excellency Sheikh Ahmed bin Hashel Al-Maskari, Ambassador of the Sultanate of Oman to Brunei Darussalam.

This was followed by the ribbon cutting ceremony to officiate the shelf by the Second Minister of Defence and His Excellency the Ambassador of the Sultanate of Oman. The Second Minister of Defence was then presented with a book as a memento from His Excellency the Ambassador of the Sultanate of Oman.

The ceremony then concluded with a gift presentation for the Defence Academy Library; a framed portrait of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam with His Majesty Sultan Qaboos bin Said, the late Sultan of Oman, during a visit to the Sultanate of Oman in 2009.

His Excellency the Ambassador of the Sultanate of Oman also shared that the shelf, which holds around 100 of Oman's best publications, is hoped to support His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam's initiative to build a nation of readers. It also symbolises the continuous effort to strengthen ties between the two Sultanates.

The Defence Academy Library welcomes its MINDEF and RBAF personnel to visit the shelf dedicated to Omani culture, history, geography, tradition, literature, heritage and foreign policy.



PERASMIAN THE SULTANATE OF OMAN PUBLICATIONS SHELF DI PERPUSTAKAAN AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

 

TANAH JAMBU, Khamis, 08 Oktober 2020 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, hadir selaku Tetamu Kehormat, telah merasmikan "Rak Penerbitan Kesultanan Oman" di Perpustakaan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) hari ini.

Rak ini dinamakan Al-Muhallab bin Abi Sufra Al-Azdi, sempena seorang Jeneral Oman yang terkenal.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Komandan AP ABDB, Leftenan Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, dan diikuti dengan ucapan oleh Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashel Al-Maskari, Duta Besar Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam.

Acara diteruskan dengan majlis pemotongan riben oleh Menteri Pertahanan Kedua dan Tuan Yang Terutama Duta Besar Kesultanan Oman bagi merasmikan rak tersebut. Menteri Pertahanan Kedua juga berkenan menerima cenderahati kenangan daripada Tuan Yang Terutama Duta Besar Kesultanan Oman.

Upacara kemudian diakhiri dengan penyampaian cenderahati untuk Perpustakaan AP ABDB iaitu sebuah potret berbingkai iaitu gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said, Almarhum Sultan Oman, semasa lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah ke Kesultanan Oman pada tahun 2009.

Tuan Yang Terutama Duta Besar Kesultanan Oman juga turut mengongsikan rak tersebut yang dimuati dengan 100 naskhah buku terbaik Oman, adalah diharapkan untuk menyokong inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membina masyarakat minat membaca. Ia juga melambangkan usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan antara kedua buah negara.

Perpustakaan Akademi Pertahanan mengalu-alukan kedatangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk mengunjungi rak yang dikhaskan untuk budaya, sejarah, geografi, tradisi, sastera, warisan dan dasar luar Kesultanan Oman.