Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAF COMMANDER INTRODUCTORY VISIT TO DEFENCE ACADEMY ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

KAMPUNG TANAH JAMBU, Monday, 12 October 2020 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) made his introductory visit to the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) this morning. 

Upon arrival, the RBAF Commander was received and greeted by the Acting Commandant of DA RBAF, Lieutenant Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi along with Senior Officers and Officers of DA RBAF. 

The visit began with a Welcoming Remarks by Acting Commandant followed by a briefing on DA RBAF by the Chief Instructor DA RBAF, Lieutenant Colonel (U) Peter bin Ulat @ Yulat.

The RBAF Commander then visited several key areas in DA RBAF such as the Quartermaster DA RBAF, Gymnasium, KOWIRA and the new DA RBAF Military Reception Station (MRS). The RBAF Commander then continued by making his way to the Auditorium Hall where he observed a lecture from the Universiti Brunei Darussalam to the Intermediate Staff Course Series 20/2020. Upon completion, the RBAF Commander paid a visit to the Officer Cadets' Accommodation, Cadet Officers' Mess, Weapons Store, Equipment Store, E-Mart, Military Transport Line and also, Obstacle Course Area.

The visit continued with a luncheon held at the DA RBAF Ceremonial Hall. The event began with a speech from the RBAF Commander which he has stated that DA RBAF is one of the institutions that plays a vital role in RBAF due to its role in producing trained officers through the courses conducted, namely Command and Staff Course, Intermediate Staff Course and Cadet Officer Training Courses. Therefore, he urged all DA RBAF personnel to embrace integrity and self-reflection in fulfilling their duties and responsibilities. In addition, the RBAF Commander reminded all Muslim personnel to fulfill the basics of Fardhu 'Ain, especially the five daily prayers, as the best preventive measure over disciplinary issues.

The event then continued with a recital of Do'a and followed by luncheon. The introductory visit concluded with a photo session at the DA RBAF Ceremonial Hall.








KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH ABDB KE AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

KAMPUNG TANAH JAMBU, Isnin, 12 Oktober 2020 - Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah membuat lawatan pengenalan ke Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) pada pagi ini.

Setibanya di sana, Pemerintah ABDB telah disambut oleh Pemangku Komandan AP ABDB, Leftenan Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi beserta Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai AP ABDB. 

Lawatn dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pemangku Komandan AP ABDB, diikuti dengan taklimat mengenai AP ABDB yang disampaikan oleh Ketua Jurulatih AP ABDB, Leftenan Kolonel (U) Peter bin Ulat@Yulat.

Program lawatan dimulakan dengan lawatan ke pejabat kuartermaster, diikuti dengan lawatan ke Gimnasium, KOWIRA dan Pusat Khidmat Perubatan AP ABDB yang baru ditubuhkan pada tahun ini. Seterusnya, Pemerintah ABDB bergerak ke Dewan Auditorium AP ABDB yang mana beliau sempat menyaksikan kuliah yang disampaikan dari Universiti Brunei Darussalam bagi Kursus Pegawai Staf Pertengahan Siri 20/2020. Sejurus selesai, Pemerintah ABDB meneruskan lawatan ke tempat penginapan Pegawai-pegawai kadet, Mes Pegawai Kadet, Stor Senjata, Stor Kelengkapan, E-Mart, Military Transport Line dan Obstacle Course.

Lawatan tersebut diteruskan lagi dengan acara menikmati jamuan makan tengahari di Dewan Istiadat AP ABDB. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Pemerintah ABDB yang mana beliau telah menyatakan bahawa AP ABDB ialah salah satu institusi yang memainkan peranan sangat penting di dalam ABDB kerana ianya melahirkan anggota-anggota yang terlatih melalui kursus-kursus yang dikendalikan iaitu Kursus Maktab Turus, Pegawai Staf Pertengahan dan Kursus Latihan Pegawai Kadet. Dengan itu, beliau berharap agar anggota-anggota mestilah mempunyai integriti dan self-reflection dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Disamping itu juga, Pemerintah ABDB mengingatkan kepada kesemua anggota untuk menjaga disiplin dalam menunaikan asas fardhu ain terutama sekali solat lima waktu bagi yang berugama Islam agar terhindar dari isu-isu disiplin.

Acara diteruskan lagi dengan bacaan doa dan menikmati jamuan makan tengahari. Lawatan pengenalan pada pagi itu berakhir dengan acara bergambar ramai di hadapan Dewan Istiadat AP ABDB.