Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PROMOTION CEREMONY FOR DEFENCE ACADEMY ROYAL BRUNEI ARMED FORCES PERSONNEL

TANAH JAMBU, 14 October 2020 – A promotion ceremony for Senior Non-Commissioned Officers and Other Ranks was held at the Auditorium Hall, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces this afternoon.

Present as the Guest of Honour was YM Acting Commandant of the DA RBAF, Lieutenant Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi. Also present at the event were Senior Officers, Officers and other personnel of the DA RBAF.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by DA RBAF JAMAAT and continued with the rank presentation. A total of 13 personnel of DA RBAF have been promoted; 3 personnel promoted to Sub-Sergeant, 4 personnel promoted to acting Sergeant, 3 personnel promoted to Sub-Lance Corporal and other 3 personnel promoted to acting Lance Corporal.

The ceremony concluded with the recitation of closing prayer and a group photo session which consisted of the DA RBAF Acting Commandant, Senior Officers, Officers and other personnel who have just been promoted.




MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI.

TANAH JAMBU, 14 Oktober 2020 – Majlis kenaikan pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah telah berlangsung di Dewan     Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada petang ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis adalah YM Pemangku Komandan AP ABDB, Leftenan Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota AP ABDB yang lain.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh anggota JAMAAT AP ABDB dan diteruskan dengan majlis penyampaian pangkat. Seramai 13 anggota AP ABDB telah dinaikkan pangkat iaitu 3 anggota dinaikkan pangkat ke Sarjan Tetap, 4 anggota dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan, 3 anggota dinaikkan pangkat ke Lans Kopral tetap dan manakala, 3 lagi dinaikkan pangkat ke pemangku Lans Kopral.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan acara bergambar ramai yang terdiri daripada Pemangku Komandan AP ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota yang dinaikkan pangkat.