Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERASMIAN KOWIRA DI AKADEMI PERTAHANAN TANAH JAMBU

TANAH JAMBU, Jumaat, 1 Februari 2019. Upacara Perasmian Kowira Akademi Pertahanan ABDB telah diadakan pada hari ini bertempat di bangunan Kuartermaster, Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu.  Tetamu Kehormat bagi upacara tersebut ialah Komandan Akademi Pertahanan ABDB, Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan.

Upacara perasmian dimulakan dengan pemotongan riben dan seterusnya bacaan Selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan diteruskan dengan penandatanganan lembaran kenangan dan menikmati jamuan. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Akademi Pertahanan ABDB dan ahli-ahli Kowira.
 

Waktu perniagaan Kowira Akademi Pertahanan ABDB:
Isnin hingga Khamis: 7.30 pagi hingga 8.30 malam
Jumaat: 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari & 2.00 petang hingga 8.30 malam
Ahad: 10.00 pagi hingga hingga 7.00 malam